SUNATHON & PEMERIKSAAN PERGIGIAN 2026 | USIM HEALTHCARE

PROGRAM SUNATHON 2026 - KLINIK PAKAR KESIHATAN USIM & POLIKLINIK KESIHATAN USIM

Cuti sekolah yang panjang telah tiba. Ibu Ayah mencari tempat untuk anak-anak berkhatan? Jom ke klinik kami!

Klinik Pakar Kesihatan USIM dan Poliklinik Kesihatan USIM dengan ini menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai. Program ini akan dimeriahkan dengan aktiviti semburan air dari pihak Bomba Nilai, permainan soopa doopa, permainan PS5, dan pemeriksaan gigi PERCUMA.

Butiran program ialah seperti berikut:

Tarikh - 12 Disember 2026 | Sabtu

Masa - Bermula 8.00 pagi

Tempat - Perkarangan Klinik Pakar Kesihatan USIM, Nilai Square, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Kaedah - Laser Cautery


Makluman tambahan:

  • Terhad kepada 50 orang SAHAJA 
  • Program ini PERCUMA kepada anak-anak ASNAF yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam atau yang setaraf dengannya (sila hubungi penganjur untuk permohonan berkhatan)
  • Ibu-bapa akan dimasukkan ke dalam Group WhatsApp untuk perjalanan program pada hari kejadian
  • Sarapan tidak disediakan
  • Jadual:
JamAktiviti
7.30 PagiPendaftaran Peserta
8.00 PagiSemburan Air Bomba
8.15 Pagi

Aktiviti: (dibuka sepanjang program berjalan)

  • Permainan Soopa Doopa 
  • Permainan PS5 
  • Pemeriksaan Gigi Percuma
8.30 Pagi
Berkhatan (mengikut giliran yang akan ditetapkan)
5.00 PetangTamat & Bersurai


Terma & syarat Sunathon 2026:





PROGRAM PEMERIKSAAN PERGIGIAN 2026 - KLINIK PAKAR PERGIGIAN USIM

Program pemeriksaan pergigian bersama PAKAR PERGIGIAN khusus buat kanak-kanak berumur 6 tahun hingga 12 tahun.

Butiran program:

Tarikh - 12 Disember 2026 | Sabtu

Tempat - Klinik Pakar Pergigian USIM

Masa - 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Yuran - RM10 SAHAJA

  • PERCUMA kepada PESERTA SUNATHON 2026
  • Peserta akan diberikan cadangan waktu hadir ke klinik bagi mengelakkan kesesakan pada hari kejadian
  • Ibu-bapa akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp untuk penyelarasan maklumat program.


Jangan lepaskan peluang cuti kali ini untuk bawa anak anda memeriksa gigi dan berkhatan!!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di no telefon 068504926 (waktu pejabat) atau WhatsApp 0198608141 :) 

Jumpa anda nanti!

* Ruangan yang wajib diisi

Butiran Pembelian

ProdukKuantitiHarga (RM)
Sunathon USIM Healthcare 2026
0.00
Pemeriksaan Gigi bersama Pakar Pergigian 2026
0.00
Jumlah0
Jumlah Keseluruhan (RM)

Butiran Pelanggan

Butiran Peserta