SUNATHON DISEMBER 2025 | KLINIK PAKAR KESIHATAN USIM & POLIKLINIK KESIHATAN USIM
Program Sunathon Disember 2025 Klinik Pakar Kesihatan USIM & Poliklinik Kesihatan USIM
Cuti sekolah yang panjang telah tiba. Ibu Ayah mencari tempat untuk anak-anak berkhatan? Jom ke klinik kami!
Klinik Pakar Kesihatan USIM & Poliklinik Kesihatan USIM dengan ini menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai. Program ini akan dimeriahkan dengan aktiviti semburan air dari pihak Bomba Nilai, permainan soopa doopa, permainan PS5, pemeriksaan gigi PERCUMA, pemeriksaan audiologi PERCUMA dan diskaun penskaleran gigi (scaling) kepada keluarga peserta.
Butiran program ialah seperti berikut:
Tarikh - 20 Disember 2025 | Sabtu
Masa - Bermula 8.00 pagi
Tempat - Perkarangan Klinik Pakar Kesihatan USIM, Nilai Square, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Kaedah - Laser Cautery
Makluman tambahan:
- Terhad kepada 60 orang SAHAJA
- Program ini PERCUMA kepada anak-anak ASNAF yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam atau yang setaraf dengannya (sila hubungi penganjur untuk permohonan berkhatan - 0198608141)
- Ibu-bapa akan dimasukkan ke dalam Group WhatsApp untuk perjalanan program pada hari kejadian
- Sarapan tidak disediakan
- Jadual:
| Jam | Aktiviti |
| 7.30 Pagi | Pendaftaran Peserta |
| 8.00 Pagi | Semburan Air Bomba |
| 8.15 Pagi | Aktiviti: (dibuka sepanjang program berjalan)
|
| 8.30 Pagi | Berkhatan (mengikut giliran yang akan ditetapkan) |
| 1.00 Tengah Hari | Rehat |
| 1.30 Tengah Hari | Sambung Aktiviti Berkhatan |
| 5.00 Petang | Tamat & Bersurai |
Jangan lepaskan peluang cuti kali ini untuk bawa anak anda berkhatan!
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di no telefon 068504926 (waktu pejabat) atau WhatsApp 0198608141 :)
Jumpa anda nanti!

Sekiranya anda ingin mendaftar untuk penskaleran gigi (scaling), gantikan info di ruangan yang disediakan dengan info anda. Terima kasih.
Sebarang pertanyaan sila WhatsApp di talian 0198608141.