SUNATHON 2026 | USIM HEALTHCARE SDN BHD

SUNATHON 2026 | USIM HEALTHCARE SDN BHD

Program Sunathon 2026 USIM Healthcare


Cuti sekolah yang panjang telah tiba. Ibu Ayah mencari tempat untuk anak-anak berkhatan? Jom ke klinik kami!

Klinik Pakar Kesihatan USIM dan Poliklinik Kesihatan USIM dengan ini menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai. Program ini akan dimeriahkan dengan aktiviti semburan air dari pihak Bomba Nilai, permainan soopa doopa, permainan PS5, dan pemeriksaan gigi PERCUMA.

Butiran program ialah seperti berikut:

Tarikh - 12 Disember 2026 | Sabtu

Masa - Bermula 8.00 pagi

Tempat - Perkarangan Klinik Pakar Kesihatan USIM, Nilai Square, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Kaedah - Laser Cautery


Makluman tambahan:

  • Terhad kepada 50 orang SAHAJA 
  • Program ini PERCUMA kepada anak-anak ASNAF yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam atau yang setaraf dengannya (sila hubungi penganjur untuk permohonan berkhatan)
  • Ibu-bapa akan dimasukkan ke dalam Group WhatsApp untuk perjalanan program pada hari kejadian
  • Sarapan tidak disediakan
  • Jadual:
JamAktiviti
7.30 PagiPendaftaran Peserta
8.00 PagiSemburan Air Bomba
8.15 Pagi

Aktiviti: (dibuka sepanjang program berjalan)

  • Permainan Soopa Doopa 
  • Permainan PS5 
  • Pemeriksaan Gigi Percuma
8.30 Pagi
Berkhatan (mengikut giliran yang akan ditetapkan)
5.00 PetangTamat & Bersurai

Jangan lepaskan peluang cuti kali ini untuk bawa anak anda berkhatan!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di no telefon 068504926 (waktu pejabat) atau WhatsApp 0198608141 :) 

Jumpa anda nanti!






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Sunathon USIM Healthcare 2026
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN